Monday, 19 September 2016

luahan hatiku 2





CERITA SEMASA DI KELANTAN 

Cerita di kelantan sebenarnya aku lagi menderita dan menangis , bagiku kehilangan kepercayaan orang tua itu sama seperti kita kehilangan mereka,
ada yang bertanya pada ku, 
Soalan berbunyi begini 

member : kau ni aku tengok macam tiada life je dalam hidup 
Aku: kenapa kau cakap mcam tu??
Member : yelah tiap kali kau pergi kerja dan bila balik terus balik rumah tak perna nak cuba keluar jalan-jalan?
Aku : sebab aku tak berminat 

Korang nak tahu kenapa aku tak berminat?? sebab aku puas dalam derita, Andai saja soalan itu berbunyi kau happy tak maka aku akan kata dalam hidup aku sejak peristiwa lepas membuatkan aku tidak mengenal erti gembira.

orang takkan mampu faham dan mengerti dengan apa yang aku alami, perasaan ku yang dulunya sudah lama menghilang dan dalam diri aku cuba untuk mencari sinar itu kembali, tapi aku gagal mencarinya sering kali kecewa tangisan ketakutan yang menghantuiku.

okey lets start cerita di kelantan 

Hari tu aku masih ingat aku menuju ke LCCT sebab bas kolej tu akan menungu disitu untuk mengambil pelajar baru yang datang dari sabah dan sarawak,
setelah semuanya berkumpul, driver bas tu cakap semua boleh naik, dalam bas kami semua mengambil tempat masing, semasa bas bergerak aku sempat melambai tangan pada mak angkat aku, mak angkat yang membantu aku ketika aku lupa dan tak ingat siapa aku, dia memang orang syurga hnya Allah yang mampu membalas budi baiknya padaku.

sepanjang perjalanan kami memulakan suai kenal masing masing ketika dalam bas, seronok juga la time tu dapat kenal dengan kawan baru , dalam perjalanan menuju ke kelantan aku berkata pada hati Ya ALlah kuatkan hatiku ketika ini, aku sendiri dalam menghadapi dugaan yang besar ini tanpa mu aku lemah dan bukan siapa-siapa, kerana peristiwa sepupu aku, aku kehilangan mereka sekarang mereka langsung tidak memperdulikan aku, ya Allah aku percaya akan kuasamu, andai saja airmata ini boleh ku hentikan akan ku lakukan, tapi apa kan daya aku insan lemah ya Allah, suatu saat nanti pasti mereka akan kembali percaya padaku, dan di bulan september 2011 ni, akan ku katakan tidak adalah hentian utntuk aku mengenal erti penat dalam usaha, untuk membuka kepercayaan ibu bapaku ya Allah, Hanya padaMU tempat aku berteduh dan kerana kerpercayaan ku kepadamu ya Allah akan takdir semua ini, Ku serahkan segalanya pada ketentuanMU.

dalam ketika itu aku hanya mampu menangis dan menepuk dada agar hati sabar dalam menghadapi hidup seterusnya, kegembiraanku yang selama ni aku ada, hancur dengan sekelip mata, dan aku putuskan sesampainya aku di kelantan dan meneruskan pelajaran dalam bidang ku pilih, maka akan ku padam cinta dan perasaan sayang ku terhadap sesiapa pun, kalau orang tanya aku iiya ka aku mampu lakukan, sekali tak mampu macam mana pun aku akan tetap teruskan,  di samping aku mengatakan itu, kebencian aku terhadap lelaki mendadak naik, kalaulah aku boleh jadi jahat maka aku adalah yang terjahat di mata dunia,

Memang betul kerana lelaki aku lahir ke dunia Allah ini, selepas umurku mencecah 18 tahun aku mulai mendengar kata hikmah darI seorang bapa, kau bukan anak ku lagi, hancurnya hati hanya Allah yang tahu, aku kosong hnaya disebabkan mulut lelaki aku dibuang, hanya dsebabkan mulut penuh dengan penipuan aku duduk dalam dunia sedih dan pedih, aku hanya bertemankan zikir dan doa agar aku dikuatkan dalam menghadapi segala dugaan berat ini, bagiku tersangatlah berat, sampai satu tahap aku langsung tidak boleh menahan ingin saja ku mati, tapi islam mengajar Aku membunuh diri itu adalah dosa besar, 

Aku hanya memujuk hatiku dalam keadaan aku rapuh dan ingin saja rebah dengan ayat-ayat biasa Allah kan ada, ya Allah ada dan sentiasa akan ada untuk ku, ahhhh aku terjaga dari lamunan tadi, aku dikejutkan oleh satu suara, dia kata jum pergi toilet sebab bas tu singgah kat petronas, aku pun ikut jelah sambil tu aku beli roti untuk makan, setelah selesai aku dan member tadi masuk ke dalam bas ,

sampai terengganu singgah dulu Kuala Berang Terengganu, untuk hantar pelajar lain sampai je terengganu memng jakun la hahhahaha boleh dikatakan macam tu 
rehat makan jap kat kantin kolej kuala berang,
setelah semua selesai kami meneruskan perjalanan ke kelantan

lama juga perjalanan ke kelantan macam lahad datu ke kota kinabalu,
tak lama kemudian kami sampai di destinasi yang di tuju, serius first time in my life nampak sawah padi, and nampak perkampungan orang kelantan, nampak jakun kan?

dan kami pun sampai di kolej, setelah sampai kami dibawa ke ruangan HEA untuk buat sesi pendaftaran, setelah selesai kami di arahkan untuk balik ke hostel hantar barang lepas tu datang semula untuk sesi orietasi terkejut juga tak ada rehat tu...

time orintasi tu memang best sangat banyak aktiviti tapi tak lama pun 3 hari je.
setelah selesai kami cuti khamis dan jumaat pelik kenapa cuti, hahhahaha mungkin da terbiasa dengan cuti sabtu ahad . perkataan yang tak pernah pudar dari ingatan adalah tok se ingatkan tosei rupanya maksud tak nak , belajar bahasa amat memerlukan masa juga lah, kadang bila di ingat semula amatlah kelakar, macam orang hutan baru keluar bandar hahahhahA.

tibanya hari sabtu mean minggu pertama untuk aku mulakan semester, aku berkenalan dengan semua rakan kelas aku, biasalah semua budak baik kan mula mula tak ada masalah, lama_lama tu banyak masalah timbul, terutamanya aku.

seminggu berlalu pergi tiba-tiba saja aku di pulaukan dan aku lanngsung tak tahu menahu kenapa aku dipulaukan, sebab apa, aku keliru semua orang dalam kelas tak suka aku, sedangkan aku langsung tak mengusik sesiapa pun mahupun mengatakan yang buruk-buruk, aku di tinggalkan sendirian ada even ke apa ke mereka langsung tak imform, hati aku sedih sangat hanya Allah yang tahu, sampailah kat asrama pun aku di pulaukan aku tidak tahu kenapa, aku terus-terusan mencari jawapan, cuma ada seorang je yang setia memberitahuku tentang perkara yang sebenar, mereka kata aku tipu bapa aku orang melaka bukanlah orang pilipino asli dan aku tipu bahawa aku ni bukan orang sabah tapi orang melaka, hanya Allah yang mampu memujuk hati yang hancur kenapa orang islam memperlakukan aku sedemikian rupa, sedangkan aku jujur dalam berkata,

Hari berganti hari masa berganti masa malam berganti siang tapi mereka masih memulaukan aku, aku hanya mampu diam dalam keseorangan time tu hatiku menangis dan terasa sunyi, ingin mengadu dengan orang tua tapi mereka juga tidak perna bertanyakan khabar sepanjang aku di kelantan, aku menangis dalam setiap solat ku, dan meminta pada Allah agar aku di kuatkan, aku rindu dengan adik adik ku gelak tawa mereka masih segar bermain di ingatan, hanya Allah yang tahu kebencianku terhadap lelaki amat dalam, peristiwa aku kena dera dan dipukul oleh lelaki, sampailah aku berpenyakit backpain yang kadangya aku tidak mampu menahan sakit, tapi Allah sentiasa menunjukkan cara untuk aku memujuk hatiku, Aku cuba hafal yassin dan juga surah lain sungguh tidak perna aku menitiskan Airmata ketika membaca quran, ketika itu aku berkata dalam hati YA ALLAH aku mohon pujuklah hatiku untuk menahan segala kesengsaran ini agar terus percaya bahawa kerana kau menyayangiku, tipulah kalau aku kata ya aku tersangat kuat, namun jauh dari hati kecil aku meratap tangisan meraung kesedihan yang teramat sangat,, aku berkata mum dad i miss you voice, masa balik raya hari tu, aku masih teringat salam tangan ku langsung tidak di sambut, aku hanya tersenyum ketika itu, time tu aku rasa dunia ini tidak adil dan aku bagaikan asing dalam keluargaku sendiri, Apalah daya ku melawan takdir hanya airmata yang mampu berkata sakitnya dan deritanya aku tanpa mereka, Aku tahu Allah sentiasa memujuk ku agar terus tetap berada dalam islam, masa ini kalau orang tanya aku adakah aku ingin punya pasangan, maka aku akan katakan aku tidak ingin kerana benci menghantuiku dan ketakutan terus membawa aku ke masa silam, aku takut di pukul aku takut di pukul, aku takut di pukul aku takut di pukul, aku takut di pukul aku takut di pukul, aku takut di pukul aku takut di pukul, aku takut di pukul aku takut di pukul, kerana sakitnya itu berbekas sampailah sekarang terasa pedihnya, bila malam sudah tiba maka hatiku berdebar dan aku tak ingin untuk memejam mata kerana aku tahu andai mata ku terpejam maka peristiwa itu akan lahir dalam lena ku, maka aku akan terjaga dan menangis sekuat yang amat aku takut, aku takut,aku takut,aku takut,aku takut,aku benci lelaki kerana lelaki aku dibuang kerana lelaki aku derita kerana lelaki aku terpaksa hadir dalam dunia gelap,

Keesokkan paginya aku seperti biasa pergi kelas dengan bertemakan lagu, aku saja guna hearfon dan dengar lagu kuat-kuat agar tak ada satu pun suara yang  berkata, macam biasa aku akan lepak dalam libery tempat selalu aku duduk, masa dalam libery ada seorang senior DR nie selalu pandang aku tapi aku buat tak tahu, sebab aku langsung tidak ada perasaan untuk bercinta apa yang ada hanyalah ingin belajar sampai berjaya dan buktikan dengan dad aku boleh sampai ke tanah london seperti mana keinganan n cita-citanya terhadapku 

hampir dua bulan aku di pulaukan oleh rakan sekelas aku, aku hanya mampu bersabar dengan semuanya , setelah selesai kelas aku terus balik asrama, kadang aku tak ada duit terpaksa menahan kelaparan, sebab duit bulanan aku langsung tak dibagi, tapi aku hanya kata esok nanti aku mesti ada rezki Allah kan ada, aku selalu katakan itu untuk tenangkan hati ku daripada menangis, aku capai lappy dan buka facebook tengok ada orang add aku approve je, da app tetiba dia chat dia tanya aku puteri ??? ke?? aku pun kata ya why, dia cakap nak kenal aku, aku kata oh dengan jawapan yang ringkas sangat, ramai yang kata aku adalah yang paling susah nak tackle hahhahha lucu da nama tak berminat nak buat macam mana, hati ku da lama padam untuk berkasih2

selapas beberapa bulan aku dapat result aku dapat top 4 dalam kelas thts amazing you know tapi, aku langsung tak gembira aku nak sangat bagi tahu dengan famly aku dapat top 4 dalam kelas tapi terduduk dan menangis dalam hati aku jerit mum dad ??? dapat pelajar top 4 dalam kelas tapi sayangnya aku hanya mampu menangis dan melihat result di tangan, aku sedih sangat teringin sangat aku peluk kedua orang tuaku tapi apa kan daya kalu itu sudah tertulis untuk ku,

aku balik ke asrama tetiba dapat messege dari orang aku tak kenal dia kata dia nak couple dengan aku , aku tak reply , lepas tu dia text kat chat facebook aku cakap aku tak terima dia dan dia kata aku tolak ke then aku pun cakap ye saya tolak ,  dia terus kata aku tak layak untuk agama islam dan dia kata "kau masuk ke agama babi kau balik, kau bukan perempuan layak untuk agama suci islam ni"
aku terkejut dan tertanya apa dosa ku ya ALLAH tidak layak ka aku untuk agama ini YA ALLAH aku sayangkan islam aku sayangkan agama ini, betul ke aku tidak layak, aku ambik wudhuk dan solat setelah selesai aku menada tangan YA ALLAH aku teringin nak menjadi seorang islam yang sebenar, hadirkanlah seorng untuk membimbingku menuju ke arah jalan lurus mu ya ALLAH, masa tu aku sendiri aku menangis dalam solatku, aku tunduk dan sujud padanya mohon petunjuk, setelah selesai tiba2 dapat messege dari kawan lelaki, kawan sekelas dia mengajak aku untuk masuk agama kristian balik dan esoknya dia bagi aku buku bible, 

selang seminggu aku memikirkan hampir sahja aku balik agama itu tapi hatiku berat, tetiba ada orang cakap aku sebar bible, dugaan datang bertubi2 , ya ALLAH mampu ke aku melangka lagi, aku pujuk hatiku dengan sabar ALLAH kan ada, aku menangis dalam keadaan aku lapar, aku tahu yang aku sangatlah gilakan makanan, kalau boleh aku nak makan saja tapi aku sendiri tak ada duit untuk beli makanan, kadang nasi semalam yang da nak basi aku terpaksa telan, dalam hatiku berkata Ya Allah sungguh tidak perna aku makan sebegini tapi aku cuba mengenal erti rezki yang ada, aku hidup sendiri, langsung tidak ada siapa yang perduli dengan keadaanku, ketika aku dalam kelaparan aku berkata kalau aku berjaya nanti aku nak beli makanan yang aku nak makan , begitula cara untuk aku pujuk hati kecilku yang sering terluka dan sengsara,bagi ku kehidupan sengsara bagaikan kawan karibku< aku sentiasa berada di dalamnya, kadang aku terasa nak give up je, tapi aku da teradik dengan pujukan hatiku sendiri.

aku meneruskan perjalanan hidup dengan ketakutan dalam diri tiap kali aku nampak besi aku rasa macam nak lari saja, tiap kali aku nampak orang pukul orang aku mesti tak berani melangkah mala aku menyorok pada tempat yang susah nak dcari dan aku akan menangis, kalau orang kata aku gila aku akan akui ya memang aku gila.
Tetiba telefon aku berbunyi dengan ringtone nokia baling anjing, dia kata dia ustazah dan  ustazah itu nak jumpa, aku pun okey , terus terang ustazah tu baik sangat dia bagi layanan yang baik sangat< dalam senyuman hatiku berkata ni la orang-orang golongan kanan aamiin ya rabbal aalamin,

dalam keadaan yang sudah berbulan berkenalan ada seorang ustazah berkata aku masuk islam hanyalah kerana duit zakat rm2000 aku terduduk dan terdiam menangis di kerusi pondok kecik kolej, kenapa dugaan begini yang harus aku lalui, aku percaya orang bertudung labuh dan berpurda tapi kenapa aku diperlakukan sedemikian rupa, apa salah dan silapku, kawan kristian aku terus-terusan memujuk agar aku kembali ke agama asal aku, dia kata aku durhaka pada YEesus, tapi dalam hati i belive ALLAH, dia langsung tak putus asa untuk tarik aku, fikiran aku kacau time tu, kalau orang kata aku okey tak aku akan cakp tak tahu, time tu i need someone yang boleh buka pintu kegembiraan untuk ku tapi aku kecewa dipertengahan, 

aku tabahkan hati demi sebuah dugaan, setiap hari kesedihan hanya untuk ku, orang duk kata aku sebar bible sampailah satu kolej tahu, aku sedih kenapa tuduh benda yang langsung tak aku lakukan kenapa,
aku balik asrama duit tinggal rm50sen makanan aku tidak ada, aku ambik keputusan kerja basuh pingan, jual buku buat assiment orang sampailah kadang aku rasa, masa tidak cukup untuk ku, aku hanya fokus pada mencari rezki untuk hidup dan mencari duit untuk tampung kehidupanku, sebab aku ni kalau jumpa makanan tak ingat dunia, aku cuba juga sampai satu tahap aku demam  panas, nak bangun pun susah, aku teringat kata2 my mum klau sakit jangan layan, aku gagahkan diri untuk kekelas dan malam aku kerja, demam aku bertambah, aku teringat mum tapi aku hanya mengeluh dalam hati aku menangis sambil berkata rindu mum dad airmata sebutir demi sebutir menitis, tak aku hiraukan. 
Boleh ke aku kata dunia ni tak adil, dalam aku mencari islam sebenar aku terus-terus diberi dugaan sedemikian, keseorangan dalam hidup membuatkan ku langsung tidak perna kenal erti penat, yang aku kenal bagaimana nak hidup untuk esok harinya, seluruh jiwa dan raga ku , aku serahkan pada Allah s.w.t hanya dia yang mampu dan mengetahui kehidupanku. perna satu tahap aku tidak kuat, aku tak boleh bangun, hatiku teramat sakit derita dan kosong aku kata pada diri aku boleh bangkit, tapi aku tak boleh time tu semua budak hostel balik cuti hanya tinggal aku saja yang tak balik, time tu zohor selepas saja solat zohor aku menangis kuat sangat bak kata orang macam histeria aku kata pada diri, ya ALLAH aku sudah tidak kuat, menipulah aku kalau aku kata aku kuat dan aku boleh, tapi sayangnya aku rebah dan langsung tidak boleh bangun sedangkan capai Al-quran aku tak boleh, ketika itu aku rasa badan ku semua lemah dan sakit, aku menangis sekuat yang boleh aku jerit, aku kata ya Allah aku tak mampu , hadirkan benci dalam diriku kerana lelaki aku derita kerana lelaki aku sakit kerana lelaki aku di halau dari islam kerana lelaki aku di pulaukan, kerana lelaki aku kehilangan kasih sayng orang tua ku, kerana lelaki aku terpaksa hidup dengan kelaparan, kerana lelaki gembira aku bertukar gelap, hati aku sudah banyak tersepit dengan derita, aku hanya kata ya Allah selama ini aku hanya lihat pada drama lakonan tapi ia benar terjadi dalam hidupku, apa dosa ku ya Allah..

kalau aku di tanya bagaimana sakitnya, maka akan kukatakan tidak ternilai sengsaranya, hidup di dunia gelap dan sedih adalah satu perkara yang teramat sakit, aku selalu kata ya Allah bawalah aku keluar dari dunia sebegini apalah dayaku sebagai insan yang lemah menahan derita begini, tapi aku tetap percayakan Allah ada untuk ku, masa raya aku rindu sangat dengan adik2 ku dan mum dady abg2ku tapi hanya Airmata yang mampu ku tahan, dad mum kata aku tipu , sepupu yg dera aku menyumpah aku takkan berjaya sampai ke tanah london, aku sedih sangat, dia kata bagus aku jual maruah dekat kelab malam, lahir dari hati kecil ku aku kecewa, dorang hasut mum dad aku, aku hilang mereka, sampai satu tahap tu aku berkata dalam diri mum dad aku demam sekarang aku lapar aku tiada duit untuk makan, mum dad bantu aku, tapi sayangnya hanya hatiku yang mampu berkata, aku kata jangan, allah kata teruskan. Allah akan bantu aku sampai berjaya, aku yakin itu, ketika aku jatuh aku hanya mampu kata bangkit jangan kalah kau boleh, jangan risau Allah ada untuk mu.


Menipulah kalau aku kata ketika aku menulis cerita ini tangan tidak bergetar hati tidak sakit, hati tidak terluka, emosi aku stabil, hati tidak menangis, aku just seorang insan yang mengharapkan cahaya kegembiraan 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~.............~~~~~~~~~~~~~~~~~
sampai sini dulu nanti kita sambung banyak lagi my story,
aku ingin bahagia dan gembira aku iri dengan orang lain,,, 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~.............~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengalaman itu Ibarat Lembaran buku 
Yang ditulis dengan mengikut masa dan hari,
Dan disetiap lembaran itu tertulis dengan bermacam cerita.....


Lembaran itu juga yg membuat sesorng mampu berdiri didunia yg nyata ini 
Bahkan mampu menjadi guru pengalaman hidup, itulah kita!!
Manusia ini hidup dengan jalan cerita yg unik 


Kadang tanpa kita sedari kita telah pun menulis cerita 
Yang mungkin tIdak sama dengan yAng lain 
Kerana setiap manusia itu mempunyai cerita yang tersendiri .......
Percayalah keunikan cerita yg kita dpt itu adalah atas

IZIN ALLAH S.W.T 
(ALLAH KAN ADA )



                                                                                          ~~~~~~~~~~~******~~~~~~~~~~~                                                                                         perempuan itu rahsia
                                       



No comments: