Monday, 19 September 2016

luahan hatiku 2





CERITA SEMASA DI KELANTAN 

Cerita di kelantan sebenarnya aku lagi menderita dan menangis , bagiku kehilangan kepercayaan orang tua itu sama seperti kita kehilangan mereka,
ada yang bertanya pada ku, 
Soalan berbunyi begini 

member : kau ni aku tengok macam tiada life je dalam hidup 
Aku: kenapa kau cakap mcam tu??
Member : yelah tiap kali kau pergi kerja dan bila balik terus balik rumah tak perna nak cuba keluar jalan-jalan?
Aku : sebab aku tak berminat 

Korang nak tahu kenapa aku tak berminat?? sebab aku puas dalam derita, Andai saja soalan itu berbunyi kau happy tak maka aku akan kata dalam hidup aku sejak peristiwa lepas membuatkan aku tidak mengenal erti gembira.

orang takkan mampu faham dan mengerti dengan apa yang aku alami, perasaan ku yang dulunya sudah lama menghilang dan dalam diri aku cuba untuk mencari sinar itu kembali, tapi aku gagal mencarinya sering kali kecewa tangisan ketakutan yang menghantuiku.

okey lets start cerita di kelantan 

Hari tu aku masih ingat aku menuju ke LCCT sebab bas kolej tu akan menungu disitu untuk mengambil pelajar baru yang datang dari sabah dan sarawak,
setelah semuanya berkumpul, driver bas tu cakap semua boleh naik, dalam bas kami semua mengambil tempat masing, semasa bas bergerak aku sempat melambai tangan pada mak angkat aku, mak angkat yang membantu aku ketika aku lupa dan tak ingat siapa aku, dia memang orang syurga hnya Allah yang mampu membalas budi baiknya padaku.

sepanjang perjalanan kami memulakan suai kenal masing masing ketika dalam bas, seronok juga la time tu dapat kenal dengan kawan baru , dalam perjalanan menuju ke kelantan aku berkata pada hati Ya ALlah kuatkan hatiku ketika ini, aku sendiri dalam menghadapi dugaan yang besar ini tanpa mu aku lemah dan bukan siapa-siapa, kerana peristiwa sepupu aku, aku kehilangan mereka sekarang mereka langsung tidak memperdulikan aku, ya Allah aku percaya akan kuasamu, andai saja airmata ini boleh ku hentikan akan ku lakukan, tapi apa kan daya aku insan lemah ya Allah, suatu saat nanti pasti mereka akan kembali percaya padaku, dan di bulan september 2011 ni, akan ku katakan tidak adalah hentian utntuk aku mengenal erti penat dalam usaha, untuk membuka kepercayaan ibu bapaku ya Allah, Hanya padaMU tempat aku berteduh dan kerana kerpercayaan ku kepadamu ya Allah akan takdir semua ini, Ku serahkan segalanya pada ketentuanMU.

dalam ketika itu aku hanya mampu menangis dan menepuk dada agar hati sabar dalam menghadapi hidup seterusnya, kegembiraanku yang selama ni aku ada, hancur dengan sekelip mata, dan aku putuskan sesampainya aku di kelantan dan meneruskan pelajaran dalam bidang ku pilih, maka akan ku padam cinta dan perasaan sayang ku terhadap sesiapa pun, kalau orang tanya aku iiya ka aku mampu lakukan, sekali tak mampu macam mana pun aku akan tetap teruskan,  di samping aku mengatakan itu, kebencian aku terhadap lelaki mendadak naik, kalaulah aku boleh jadi jahat maka aku adalah yang terjahat di mata dunia,

Memang betul kerana lelaki aku lahir ke dunia Allah ini, selepas umurku mencecah 18 tahun aku mulai mendengar kata hikmah darI seorang bapa, kau bukan anak ku lagi, hancurnya hati hanya Allah yang tahu, aku kosong hnaya disebabkan mulut lelaki aku dibuang, hanya dsebabkan mulut penuh dengan penipuan aku duduk dalam dunia sedih dan pedih, aku hanya bertemankan zikir dan doa agar aku dikuatkan dalam menghadapi segala dugaan berat ini, bagiku tersangatlah berat, sampai satu tahap aku langsung tidak boleh menahan ingin saja ku mati, tapi islam mengajar Aku membunuh diri itu adalah dosa besar, 

Aku hanya memujuk hatiku dalam keadaan aku rapuh dan ingin saja rebah dengan ayat-ayat biasa Allah kan ada, ya Allah ada dan sentiasa akan ada untuk ku, ahhhh aku terjaga dari lamunan tadi, aku dikejutkan oleh satu suara, dia kata jum pergi toilet sebab bas tu singgah kat petronas, aku pun ikut jelah sambil tu aku beli roti untuk makan, setelah selesai aku dan member tadi masuk ke dalam bas ,

sampai terengganu singgah dulu Kuala Berang Terengganu, untuk hantar pelajar lain sampai je terengganu memng jakun la hahhahaha boleh dikatakan macam tu 
rehat makan jap kat kantin kolej kuala berang,
setelah semua selesai kami meneruskan perjalanan ke kelantan

lama juga perjalanan ke kelantan macam lahad datu ke kota kinabalu,
tak lama kemudian kami sampai di destinasi yang di tuju, serius first time in my life nampak sawah padi, and nampak perkampungan orang kelantan, nampak jakun kan?

dan kami pun sampai di kolej, setelah sampai kami dibawa ke ruangan HEA untuk buat sesi pendaftaran, setelah selesai kami di arahkan untuk balik ke hostel hantar barang lepas tu datang semula untuk sesi orietasi terkejut juga tak ada rehat tu...

time orintasi tu memang best sangat banyak aktiviti tapi tak lama pun 3 hari je.
setelah selesai kami cuti khamis dan jumaat pelik kenapa cuti, hahhahaha mungkin da terbiasa dengan cuti sabtu ahad . perkataan yang tak pernah pudar dari ingatan adalah tok se ingatkan tosei rupanya maksud tak nak , belajar bahasa amat memerlukan masa juga lah, kadang bila di ingat semula amatlah kelakar, macam orang hutan baru keluar bandar hahahhahA.

tibanya hari sabtu mean minggu pertama untuk aku mulakan semester, aku berkenalan dengan semua rakan kelas aku, biasalah semua budak baik kan mula mula tak ada masalah, lama_lama tu banyak masalah timbul, terutamanya aku.

seminggu berlalu pergi tiba-tiba saja aku di pulaukan dan aku lanngsung tak tahu menahu kenapa aku dipulaukan, sebab apa, aku keliru semua orang dalam kelas tak suka aku, sedangkan aku langsung tak mengusik sesiapa pun mahupun mengatakan yang buruk-buruk, aku di tinggalkan sendirian ada even ke apa ke mereka langsung tak imform, hati aku sedih sangat hanya Allah yang tahu, sampailah kat asrama pun aku di pulaukan aku tidak tahu kenapa, aku terus-terusan mencari jawapan, cuma ada seorang je yang setia memberitahuku tentang perkara yang sebenar, mereka kata aku tipu bapa aku orang melaka bukanlah orang pilipino asli dan aku tipu bahawa aku ni bukan orang sabah tapi orang melaka, hanya Allah yang mampu memujuk hati yang hancur kenapa orang islam memperlakukan aku sedemikian rupa, sedangkan aku jujur dalam berkata,

Hari berganti hari masa berganti masa malam berganti siang tapi mereka masih memulaukan aku, aku hanya mampu diam dalam keseorangan time tu hatiku menangis dan terasa sunyi, ingin mengadu dengan orang tua tapi mereka juga tidak perna bertanyakan khabar sepanjang aku di kelantan, aku menangis dalam setiap solat ku, dan meminta pada Allah agar aku di kuatkan, aku rindu dengan adik adik ku gelak tawa mereka masih segar bermain di ingatan, hanya Allah yang tahu kebencianku terhadap lelaki amat dalam, peristiwa aku kena dera dan dipukul oleh lelaki, sampailah aku berpenyakit backpain yang kadangya aku tidak mampu menahan sakit, tapi Allah sentiasa menunjukkan cara untuk aku memujuk hatiku, Aku cuba hafal yassin dan juga surah lain sungguh tidak perna aku menitiskan Airmata ketika membaca quran, ketika itu aku berkata dalam hati YA ALLAH aku mohon pujuklah hatiku untuk menahan segala kesengsaran ini agar terus percaya bahawa kerana kau menyayangiku, tipulah kalau aku kata ya aku tersangat kuat, namun jauh dari hati kecil aku meratap tangisan meraung kesedihan yang teramat sangat,, aku berkata mum dad i miss you voice, masa balik raya hari tu, aku masih teringat salam tangan ku langsung tidak di sambut, aku hanya tersenyum ketika itu, time tu aku rasa dunia ini tidak adil dan aku bagaikan asing dalam keluargaku sendiri, Apalah daya ku melawan takdir hanya airmata yang mampu berkata sakitnya dan deritanya aku tanpa mereka, Aku tahu Allah sentiasa memujuk ku agar terus tetap berada dalam islam, masa ini kalau orang tanya aku adakah aku ingin punya pasangan, maka aku akan katakan aku tidak ingin kerana benci menghantuiku dan ketakutan terus membawa aku ke masa silam, aku takut di pukul aku takut di pukul, aku takut di pukul aku takut di pukul, aku takut di pukul aku takut di pukul, aku takut di pukul aku takut di pukul, aku takut di pukul aku takut di pukul, kerana sakitnya itu berbekas sampailah sekarang terasa pedihnya, bila malam sudah tiba maka hatiku berdebar dan aku tak ingin untuk memejam mata kerana aku tahu andai mata ku terpejam maka peristiwa itu akan lahir dalam lena ku, maka aku akan terjaga dan menangis sekuat yang amat aku takut, aku takut,aku takut,aku takut,aku takut,aku benci lelaki kerana lelaki aku dibuang kerana lelaki aku derita kerana lelaki aku terpaksa hadir dalam dunia gelap,

Keesokkan paginya aku seperti biasa pergi kelas dengan bertemakan lagu, aku saja guna hearfon dan dengar lagu kuat-kuat agar tak ada satu pun suara yang  berkata, macam biasa aku akan lepak dalam libery tempat selalu aku duduk, masa dalam libery ada seorang senior DR nie selalu pandang aku tapi aku buat tak tahu, sebab aku langsung tidak ada perasaan untuk bercinta apa yang ada hanyalah ingin belajar sampai berjaya dan buktikan dengan dad aku boleh sampai ke tanah london seperti mana keinganan n cita-citanya terhadapku 

hampir dua bulan aku di pulaukan oleh rakan sekelas aku, aku hanya mampu bersabar dengan semuanya , setelah selesai kelas aku terus balik asrama, kadang aku tak ada duit terpaksa menahan kelaparan, sebab duit bulanan aku langsung tak dibagi, tapi aku hanya kata esok nanti aku mesti ada rezki Allah kan ada, aku selalu katakan itu untuk tenangkan hati ku daripada menangis, aku capai lappy dan buka facebook tengok ada orang add aku approve je, da app tetiba dia chat dia tanya aku puteri ??? ke?? aku pun kata ya why, dia cakap nak kenal aku, aku kata oh dengan jawapan yang ringkas sangat, ramai yang kata aku adalah yang paling susah nak tackle hahhahha lucu da nama tak berminat nak buat macam mana, hati ku da lama padam untuk berkasih2

selapas beberapa bulan aku dapat result aku dapat top 4 dalam kelas thts amazing you know tapi, aku langsung tak gembira aku nak sangat bagi tahu dengan famly aku dapat top 4 dalam kelas tapi terduduk dan menangis dalam hati aku jerit mum dad ??? dapat pelajar top 4 dalam kelas tapi sayangnya aku hanya mampu menangis dan melihat result di tangan, aku sedih sangat teringin sangat aku peluk kedua orang tuaku tapi apa kan daya kalu itu sudah tertulis untuk ku,

aku balik ke asrama tetiba dapat messege dari orang aku tak kenal dia kata dia nak couple dengan aku , aku tak reply , lepas tu dia text kat chat facebook aku cakap aku tak terima dia dan dia kata aku tolak ke then aku pun cakap ye saya tolak ,  dia terus kata aku tak layak untuk agama islam dan dia kata "kau masuk ke agama babi kau balik, kau bukan perempuan layak untuk agama suci islam ni"
aku terkejut dan tertanya apa dosa ku ya ALLAH tidak layak ka aku untuk agama ini YA ALLAH aku sayangkan islam aku sayangkan agama ini, betul ke aku tidak layak, aku ambik wudhuk dan solat setelah selesai aku menada tangan YA ALLAH aku teringin nak menjadi seorang islam yang sebenar, hadirkanlah seorng untuk membimbingku menuju ke arah jalan lurus mu ya ALLAH, masa tu aku sendiri aku menangis dalam solatku, aku tunduk dan sujud padanya mohon petunjuk, setelah selesai tiba2 dapat messege dari kawan lelaki, kawan sekelas dia mengajak aku untuk masuk agama kristian balik dan esoknya dia bagi aku buku bible, 

selang seminggu aku memikirkan hampir sahja aku balik agama itu tapi hatiku berat, tetiba ada orang cakap aku sebar bible, dugaan datang bertubi2 , ya ALLAH mampu ke aku melangka lagi, aku pujuk hatiku dengan sabar ALLAH kan ada, aku menangis dalam keadaan aku lapar, aku tahu yang aku sangatlah gilakan makanan, kalau boleh aku nak makan saja tapi aku sendiri tak ada duit untuk beli makanan, kadang nasi semalam yang da nak basi aku terpaksa telan, dalam hatiku berkata Ya Allah sungguh tidak perna aku makan sebegini tapi aku cuba mengenal erti rezki yang ada, aku hidup sendiri, langsung tidak ada siapa yang perduli dengan keadaanku, ketika aku dalam kelaparan aku berkata kalau aku berjaya nanti aku nak beli makanan yang aku nak makan , begitula cara untuk aku pujuk hati kecilku yang sering terluka dan sengsara,bagi ku kehidupan sengsara bagaikan kawan karibku< aku sentiasa berada di dalamnya, kadang aku terasa nak give up je, tapi aku da teradik dengan pujukan hatiku sendiri.

aku meneruskan perjalanan hidup dengan ketakutan dalam diri tiap kali aku nampak besi aku rasa macam nak lari saja, tiap kali aku nampak orang pukul orang aku mesti tak berani melangkah mala aku menyorok pada tempat yang susah nak dcari dan aku akan menangis, kalau orang kata aku gila aku akan akui ya memang aku gila.
Tetiba telefon aku berbunyi dengan ringtone nokia baling anjing, dia kata dia ustazah dan  ustazah itu nak jumpa, aku pun okey , terus terang ustazah tu baik sangat dia bagi layanan yang baik sangat< dalam senyuman hatiku berkata ni la orang-orang golongan kanan aamiin ya rabbal aalamin,

dalam keadaan yang sudah berbulan berkenalan ada seorang ustazah berkata aku masuk islam hanyalah kerana duit zakat rm2000 aku terduduk dan terdiam menangis di kerusi pondok kecik kolej, kenapa dugaan begini yang harus aku lalui, aku percaya orang bertudung labuh dan berpurda tapi kenapa aku diperlakukan sedemikian rupa, apa salah dan silapku, kawan kristian aku terus-terusan memujuk agar aku kembali ke agama asal aku, dia kata aku durhaka pada YEesus, tapi dalam hati i belive ALLAH, dia langsung tak putus asa untuk tarik aku, fikiran aku kacau time tu, kalau orang kata aku okey tak aku akan cakp tak tahu, time tu i need someone yang boleh buka pintu kegembiraan untuk ku tapi aku kecewa dipertengahan, 

aku tabahkan hati demi sebuah dugaan, setiap hari kesedihan hanya untuk ku, orang duk kata aku sebar bible sampailah satu kolej tahu, aku sedih kenapa tuduh benda yang langsung tak aku lakukan kenapa,
aku balik asrama duit tinggal rm50sen makanan aku tidak ada, aku ambik keputusan kerja basuh pingan, jual buku buat assiment orang sampailah kadang aku rasa, masa tidak cukup untuk ku, aku hanya fokus pada mencari rezki untuk hidup dan mencari duit untuk tampung kehidupanku, sebab aku ni kalau jumpa makanan tak ingat dunia, aku cuba juga sampai satu tahap aku demam  panas, nak bangun pun susah, aku teringat kata2 my mum klau sakit jangan layan, aku gagahkan diri untuk kekelas dan malam aku kerja, demam aku bertambah, aku teringat mum tapi aku hanya mengeluh dalam hati aku menangis sambil berkata rindu mum dad airmata sebutir demi sebutir menitis, tak aku hiraukan. 
Boleh ke aku kata dunia ni tak adil, dalam aku mencari islam sebenar aku terus-terus diberi dugaan sedemikian, keseorangan dalam hidup membuatkan ku langsung tidak perna kenal erti penat, yang aku kenal bagaimana nak hidup untuk esok harinya, seluruh jiwa dan raga ku , aku serahkan pada Allah s.w.t hanya dia yang mampu dan mengetahui kehidupanku. perna satu tahap aku tidak kuat, aku tak boleh bangun, hatiku teramat sakit derita dan kosong aku kata pada diri aku boleh bangkit, tapi aku tak boleh time tu semua budak hostel balik cuti hanya tinggal aku saja yang tak balik, time tu zohor selepas saja solat zohor aku menangis kuat sangat bak kata orang macam histeria aku kata pada diri, ya ALLAH aku sudah tidak kuat, menipulah aku kalau aku kata aku kuat dan aku boleh, tapi sayangnya aku rebah dan langsung tidak boleh bangun sedangkan capai Al-quran aku tak boleh, ketika itu aku rasa badan ku semua lemah dan sakit, aku menangis sekuat yang boleh aku jerit, aku kata ya Allah aku tak mampu , hadirkan benci dalam diriku kerana lelaki aku derita kerana lelaki aku sakit kerana lelaki aku di halau dari islam kerana lelaki aku di pulaukan, kerana lelaki aku kehilangan kasih sayng orang tua ku, kerana lelaki aku terpaksa hidup dengan kelaparan, kerana lelaki gembira aku bertukar gelap, hati aku sudah banyak tersepit dengan derita, aku hanya kata ya Allah selama ini aku hanya lihat pada drama lakonan tapi ia benar terjadi dalam hidupku, apa dosa ku ya Allah..

kalau aku di tanya bagaimana sakitnya, maka akan kukatakan tidak ternilai sengsaranya, hidup di dunia gelap dan sedih adalah satu perkara yang teramat sakit, aku selalu kata ya Allah bawalah aku keluar dari dunia sebegini apalah dayaku sebagai insan yang lemah menahan derita begini, tapi aku tetap percayakan Allah ada untuk ku, masa raya aku rindu sangat dengan adik2 ku dan mum dady abg2ku tapi hanya Airmata yang mampu ku tahan, dad mum kata aku tipu , sepupu yg dera aku menyumpah aku takkan berjaya sampai ke tanah london, aku sedih sangat, dia kata bagus aku jual maruah dekat kelab malam, lahir dari hati kecil ku aku kecewa, dorang hasut mum dad aku, aku hilang mereka, sampai satu tahap tu aku berkata dalam diri mum dad aku demam sekarang aku lapar aku tiada duit untuk makan, mum dad bantu aku, tapi sayangnya hanya hatiku yang mampu berkata, aku kata jangan, allah kata teruskan. Allah akan bantu aku sampai berjaya, aku yakin itu, ketika aku jatuh aku hanya mampu kata bangkit jangan kalah kau boleh, jangan risau Allah ada untuk mu.


Menipulah kalau aku kata ketika aku menulis cerita ini tangan tidak bergetar hati tidak sakit, hati tidak terluka, emosi aku stabil, hati tidak menangis, aku just seorang insan yang mengharapkan cahaya kegembiraan 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~.............~~~~~~~~~~~~~~~~~
sampai sini dulu nanti kita sambung banyak lagi my story,
aku ingin bahagia dan gembira aku iri dengan orang lain,,, 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~.............~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengalaman itu Ibarat Lembaran buku 
Yang ditulis dengan mengikut masa dan hari,
Dan disetiap lembaran itu tertulis dengan bermacam cerita.....


Lembaran itu juga yg membuat sesorng mampu berdiri didunia yg nyata ini 
Bahkan mampu menjadi guru pengalaman hidup, itulah kita!!
Manusia ini hidup dengan jalan cerita yg unik 


Kadang tanpa kita sedari kita telah pun menulis cerita 
Yang mungkin tIdak sama dengan yAng lain 
Kerana setiap manusia itu mempunyai cerita yang tersendiri .......
Percayalah keunikan cerita yg kita dpt itu adalah atas

IZIN ALLAH S.W.T 
(ALLAH KAN ADA )



                                                                                          ~~~~~~~~~~~******~~~~~~~~~~~                                                                                         perempuan itu rahsia
                                       



Monday, 26 October 2015

Luahan Hatiku



Cerita Di Lahad Datu


Ketika aku berumur 17 tahun  dan yang akan menduduki SPM pada tahun 2009, aku masih belum mengenal orang-orang disekelilingku, yang hanya aku kenali hanyalah guru-guru dan rakan-rakan sekelasku, aku adalah seorang yang pendiam di dalam kelas dan kurang memberi komitmen ketika aku, aku mempunyai seorang dady yang amat tegas dari segi pergaulan amatlah dititik beratkan oleh beliau,

            Setelah habisnya SPM aku hanya duduk menganggur dirumah sambil menunggu keputusan SPM yang akan keluar pada bulan March 2010 apa yang aku lakukan di rumah hanyalah menolong orang tuaku untuk melakukan kerja-kerja rumah yang patut aku lakukan , Dalam keluarga aku mempunyai lima orang adik beradik dan aku adalah yang ketiga namaku setelah muslim adalah Puteri Khaliesyah, pada mulanya aku  adalah anak yang selalu di banggakan oleh kedua orang tuaku mereka kata aku pandai berusan kesana kesini dan aku juga cepat dalam melakukan sesuatu tugas yang di arahkan oleh beliau, keluarga ku adalah keluarga yang susah.

            Pada tahun 2010. 04 January aku telah mendapat mesej dari salah sebuah kolej dimana mereka akan memulakan sesi pengambilan pelajar baru dan mengadakan sesi temuduga di Sandakan sabah, aku bergegas keluar daripada bilik dan memberitahu hal itu kepada mumy dan dady, mereka berkata eloklah kak yen cuba dulu untuk hadir ke sesi temuduga dan kalau boleh bawalah abangmu, ketika itu hatiku tersangat gembira, pada ke esokkan harinya aku dan abang yang sulung berangkat ke destinasi dengan menaiki bas dari lahad datu ke Sandakan yang akan berlepas pada pukul 4 petang, dalam perjalanan ke Sandakan aku sempat berangan yang pada suatu hari nanti aku akan berjaya dan boleh membalas jasa kedua orang tua ku, dalam perjalanan lagu menemaniku dalam  mmenikmati pemandangan di sekeliling, dalam tak sedar aku dibuai mimpi yang indah ...

          Setelah tiba di Sandakan kami bermalam di rumah uncle abang kepada dady, pada esok harinya kami beransur pergi ke destinasi temuduga, sampainya kami di SeaFront hotel Sandakan, dan pada masa itu abang aku turut mendaftar sekali dan ingin melanjutkan pelajaran bersama aku, setelah selesai sesi temeduga aku dan abang sulung berang balik ke lahad datu dan membawa berita gembira kepada mumy dan dady yang kami telah  di terima untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di Bukit Merah Laketown Institute of Allied Health Science Perak. Penyelia yang mengurus kami member khabar bahawa surat tawaran akan di hantar melalui pos dan kami akan bergerak pada bulan april dady membawa aku pulang ke philipino sebelum aku berangkat belajar selama sebulan juga aku berada di tanah kelahiran dady, di tempat dady sangat cantik dan tenang dengan air yang jernih dan suasana pantai yang segar membuat aku lupa pada setiap peristiwa yang perna aku alami,
              Pada awal bulan March balik ke lahad datu dengan menaiki kapal dan kami di tiba di semporna sabah, pada masa itu abang ku memberitahu bahawa surat tawaran sambung belajar di Bmliahs telah sampai di rumah masa itu aku sangat tidak sabar untuk melihat surat tawran itu Nampak sangat kejakunan aku masa itu. Pada dua petang kami tiba di lahad datu dan kampong air adalah kampong kesayanganku walaupun kampung aku black area yang selalu di gelar oleh masyarakat laha datu.
                    
 Cerita Di Tanah Semenanjung

 Pada Awal bulan 4 kami akan berangkat ke kuala lumpur pada pukul 8.30 mumy dady ikut sekali hantar kami di Airport Sandakan sabah. Masa itu abang sepupu aku dan isteri dia datang untuk menjemput kami yang akan tiba pada pukul 11.15 malam masa itu airport dekat LCCT kuala lumpur, abang ku membuat paggilan dan memberitahu kepada mumy dady kami selamat sampai di kuala lupur dan sekarang berada dengan abang sepupu, dan kami pun tiba di Klang tempat abang sepupu tinggal bersama isterinya yang tengah sarat mengandung, pada keesokkan harinya kami dibawa berjumpa dengan kakak sepupu, kakak kandung kepada abang sepupu yang telah berkahwin dengan orang kelahiran perak, masa itu aku tidak ikut berjumpa kerana demam melanda diri, setelah berjumpa dengan mereka abang ku memberi khabar kepada ku bahawa mereka memandang rendah dan menghina kami dia berkata sekalipun kamu sujud di kaki aku tidak akan menolong kamu walaupun sesen aku sedih setelah mendapat khabar demikian, pada malanya kami ke rumah pakcik yang mana dia adalah anak yang di angklat oleh kedua orang tua mumy dan menjaganya.            
Setelah sampai di rumah pakcik, kami di sambut dengan hormat tujuan kami beradik berjumpa dengan mereka adalah ingin meminta bantuan sedikit untuk jadi saksi kepada surat tawaran kami tapi pakcik tidak ingin kerana baginya ia adalah benda yang tidak berfaedah, Airmataku hamper jatuh mengalir kerana lantunan perkataanya yang amat pedih, kami sedar kami adalah orang susah pada itu, setelah selesai perbincangan kami beransur balik ke rumah abang sepupu dan dalam keadaan hati yang hampa keran tidak menyangka pakcik yang kami sanjung tinggi telah memandang hina terhadap kami. Tetapi abang berkata kepadaku jangan putus asa kak yen kita kena teruskan demi mumy dan dady ingatlah dan jadikanlah setiap perkatan mereka sebagai satu titik cabaran untuk kita terus berjaya dan membantu adik-adik kita yang akan memerlukan kita pada suatu hari nanti. Aku mengatakan ia sambil mengalirkan airmata, kami merasiahkan perkara ini daripada pengetahuan mumy dan dady dan terpaksa menipu agar tidak ada kesalah fahaman dalam keluarga.          
   
Cerita Di Tanah Perak 


Pada keesokkan harinya kami berangkat ke taiping perak untuk menuju ke tempat belajar dengan menaiki kereta abang sepupu, kami banyak terutang budi terhadap abang sepupu, setibanya kami di perak kami mencari tempat belajar yang agak susah untuk kami mencarinya hinggalah ke petang hari dan akhirnya kami menjumpainya setelah kami menjumpainya kami menuju masuk dan berjumpa dengan pengurus dan setelah itu kami tidak terus tinggal di sana kami balik semula ke klang untuk mengambil semula barang-barang yang tinggal di rumah abang sepupu.            
Pada hari sabtu kami beransur gerak dan menuju ke tempat belajar sesampainya kami di sana kami terus diberikan asrama dan kami beradik memohon izin kepada abang sepupu setelah itu mereka pun beransur pulang, dalam asrama aku berkenalan dengan budak perak kedah dan Selangor masa itu aku teramat gembira dan melupakan peristiwa berjumpa dengan pakcik,
            Pada hari isnin kelas kami bermula pagi pada pukul 9.00, kelas kami di mulakan dengan sesi perkenalan dan sesi pembahagian kelas aku sekelas dengan abang aku, seronok yang amat sangat. Macam biasa aku adalah aku yang tidak pernah berubah, aku mengambil kerusi dan duduk di belakang dan suka bersendirian , lalu aku berkenalan dengan abang Raymond rakan sebilik abang aku dia kristian dan dia baik sangat, pada masa rehat semua orang mengatakan bahawa aku adalah kekasih kepada abang aku sendiri agak lucu yang mereka gelarkan dengan nama Eddly kami selalu bertiga abang Raymon dan abangk,  setelah selesai rehat kami masuk ke kelas dan puan sharifah membahagikan kelas dan kami dapat kelas puan sharifah macam biasa aku duduk di belakang lalu aku di tegur oleh satu suara yang datangnya dari tepi dia baik dan peramah kawan-kawan memanggilnya dengan gelaran shidi, dia kawan kepada ikhwan.
            Setelah seminggu berlalu aku berkenalan dengan budak baru budak dari kedah nama dia Fairuz pada mulanya yang aku anggap mulia dan baik rupa-rupanya boleh dikatakan mulut tempayan, dia membawa cerita kepada rakan sebilik aku dan membuat rakan sebilik membenciku dan aku kehilangan kawan dan dipulaukan aku membuat paggilan ke lahad datu dan bercakap dengan mumy aku menangis dan mengatakan aku ingin berenti belajar mumy kata jangan nanti dady marah, lagipun dady cakap kak yen telah menjadi contoh dalam kampung dan juga kepada adik-adik setelah selesai membuat panggilan dengan mumy aku terus tidur, pada esoknya aku ke kelas macam biasa masa itu Amirul mendengar cerita yang tidak bagus tentang aku lalu dia memberitahu kepada abang aku, aku jenis yang senyap dan tak meluahkan kepada orang lain selain mumy. Bila tiba malam mereka semua ke bilik aku dan mengatakan bahawa kau telah memburukkan rakan sebilik aku sendiri aku sedih dan senyap, malam itu secara tiba-tiba badan aku sejuk dan muntah darah mereka kata nafas aku susah nak di kawal dan aku tidak sedar lalu mereka memanggil abang aku dan mereka berkata aku sakit dan muntah darah lalu pengsan
            Dengan cepatnya abang datang dan masuk ke bilik kami dan abang berkata “kenapa adik saya boleh jadi begini dia tidak akan jadi begini jika kamu semua tidak menekan perasaannya”. Lalu mereka kejarkan aku ke hospital dan di rawat doctor kata mugkin kerana aku  tidak dapat mengawal emosi dan perasaan kerana masa itu aku baru berumur 18 tahun. Masa itu aku telah mengambil keputusan untuk berenti belajar kerana tidak tahan dengan peranagai mereka, abang marah kerana aku mengambil keputusan yang terlalu mendadak dan abang mengingatkan aku dengan pesan kedua orang tua ketika menghantar kami ke Airport, aku langsung tidak memperdulikan kata-kata abangku dan menganggapnya itu sumua hanya utnuk menakutkan aku. Malam harinya aku memberitahu abang sepupu aku ingin pelung ke tempat mereka dan mereka datang dan mengambil dan menjaga aku sepanjang tempoh aku tinggal bersama dengan mereka. Sesampainya mereka di tempat belajarku abang berkata aku di bagi kelonggaran untuk bercuti selama seminggu abang sepupu pun tiba bersama dengan isterinya yang putih gebu dan pendek yan memang asal daripada kundasang sabah, mereka keluar daripada kereta dan menuju kepadaku sambil member senyuman, lalu aku di bawa balik ke klang.          

Cerita Di Klang

            Setelah sampai di klang pada malam itu aku bermain telefon dan berkenalan dengan seornag lelaki semenanjung lalu dia mengajak utnuk berjumpa, dan di tempat yang ikut kehendak ku dan aku memberitahu pekara itu dengan abang sepupu dan isterinya mereka berkat “dimana dia mahu berjumpa dengan kak yen” aku pun berkata berjumpa di tempat klang prade lah, abang sepupu menjawap “baiklah bila dia mahu jumpa kau?” aku berkata malam ini, lalu abang sepupu berkata ok”
            Pada malam tu aku berjumpa dengan lelaki tersubut dan berkenalan dengannya setelah itu lelaki itu mengajak kami semua makan di restaurant mamak yang ada depan klang prade, lalu lelaki itu bercerita dengan abang sepupu , ala biasalah berborak kosong lelaki dengan lelaki, mesti lah kana pa yang diborakkan, masa ini aku baru mulai nak mengenal apa itu erti cinta dan apa itu erti member kasih saying terhadap insan yang begelar lelaki, selepas makan kami beransur balik dan aku membuat panggilan ke lahad datu dan bercakap ngn mumy dan aku menyuruh mumy agar memberitahu bahawa aku ingin berhenti belajar lalu dady ku berkata “kalau kak yen berhenti belajar jangan pernah dadymu” ayat ini langsung tidak aku hiraukan, aku nekad mahu berhenti belajar tanpa menghiraukan harapan orang tua, mulai dari saat itu aku membuat pilihanku sendiri dan langsung tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh dady ku, dan menganggapnya itu dengan satu gertakan supaya aku tidak meneruskan niat ku untuk berhenti belajar, inilah satu dosa yang perna aku lakukan terhadap orang tuaku sendiri.            
Pada esok harinya telefon ku bordering dan mengejutkan aku dari tidurku lihat screen di telefon mumyku saying aku menjawapnya “Hello Waalaikummussalam w.r.b mumy” yen betul ke keputusan kak yen mahu berhenti belajar” iya mumy” lalu mumy terdiam 5 minit kemudian mumy berkata “kak yen janganlah hampakan harapan dady, dady selalu cakap dan jadikan kak yen contoh pada adik-adik dan orang kampung, kak yen belajar ya” aku berkata kepada mumy dengan jawapan “tengolah dulu macam mana”. Lalu mumy berkata “okeylah kak yen mumy ada tetamu nanti ada masa mumy call kak yen ya” telefon aku letakkan di atas katil, dan aku keluar daripada bilik menuju ke bilik air untuk mandi pagi, setelah selesai aku menuju ke bilik dan telefon ku capai, ku lihat screen di telefon ada 2 misscall aku lihat lelaki itu ada call dan aku membuat panggilan kepadanya dia menjawap “Hello” aku bertanya kepadanya “ada apa call tadi tak dengar ada pangilan”
             Setelah selesai bercakap dalam telefon aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu niatnya ingin menonton tv, aku mencapai remote dan terdetik dalam hati tentang ayat dady yang di berikan kepadaku dan membuat aku tidak tenang dalam meniti liku-liku kehidupan yang seterusnya. Aku berkata dalam hati “adakah dady serius tidak mengakui aku anaknya” pada masa itu aku hanya mengikutkan keinginan dan keegoanku untuk meneruskan tindakan berhenti belajar di BMLIAHS.
            Pada hari ahad abang sepupu mengantar aku ke BMLIAHS bersama-sama dengan isterinya yang tengah sarat mengandung, dia berkata “kak yen betul-betul mahu berhenti belajar akak bukan apa kesian dengan mumy dady kau yang berharapan besar dengan kau agar dapat menghabiskan belajar bersama-sama abangmu” aku hanya berdiam diri kerana ada kekeliruan dalam diri bercampur dengan perasaan takut dengan ayat dady yang masih segar di ingatan jangan pernah kau anggap aku dadymu lagi, dalam perjalanan ke bukit merah laketown aku sempat mengelamun akan pengorbanan orang tua ku terhadap ku, setiap kali balik dari sekolah mumy menyediakan aku nasi putih dengan telor goreng kicap, memang sudah lumrah dalam keluarga yang miskin, selepas makan aku akan pergi bermain bersama kawan-kawan sekampungku peristiwa itu membuat aku ingin kembali ke zaman kanak-kanak. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara “kak yen kita sudah sampai” tiba-tiba aku ternampak wajah abangku (kandung) yang sedang menungu kedatangan ku dia pun sudah mengetahui perkara ini daripada dady dan mumy, abang aku memujuk aku agar tidak berhenti daripada belajar di BMLIAHS, tapi aku tetap nekad dengan keputusan yang begitu terburu-buru dan langsung tidak memikirkan perkara yang akan terjadi pada esok harinya,  Aku sempat mengatakan kepada abang sepupu ‘tunggu aku esok aku ambil surat berhenti belajar” pada esok harinya aku berjumpa dengan Puan Sharifah untuk memberitahu bahawa aku ingin berhenti belajar Puan Sharifah memberitahu akan kesan terhadap tindakan aku tapi ia juga langsung tidak makan pujuk hatiku yang memang keras. Pada pukul 10.00 pagi aku telah menandatangani surat untuk berhenti belajar, tiba-tiba hatiku rasa hiba dan kecewa menyesal pun ada tapi aku langsung tidak menghiraukan tentang perasaan ku itu malah aku tidak mengendahkan dengan apa yang aku rasakan. Setelah semua selesai aku keluar dan menuju ke asrama untuk mengambil kesemua barang-barang dan abang sepupu menolongku dan membawa beg memasuki barang ke dalam bot kereta setelah sudah aku berjumpa dengan abangku dan memohon izin untuk pulang dan ikut bersama dengan abang sepupuku.Dalam perjalanan pulang ke klang aku sempat menitiskan airmata dan mengenangkan setiap tindakanku, tanpa aku sedari aku tertidur, aku di kejutkan dengan suara kak yen kita sudah sampai rumah. Aku menelefon lelaki itu dan memberitahu kepadanya bahawa aku telah pun berhenti belajar di perak, dia bertanya kepadaku yen “adakah awak tak menyesal dengan tindakan yang awak ambil ni” aku tak mampu menjawapnya kerana aku sendiri keliru, lalu aku menukar topic perbicaraan kami, lalu dia mengajak ku keluar pada esok malam, “yen esok malam kita keluar makan ajak abang sepupu sekali” lalu aku keluar menuju ke ruang tamu dan memberitahu kepada abang sepupu bahawa lelaki itu mengajak kami keluar makan, abang sepupu pun berkata “baiklah kita makan dengan medan selera atas yang ada dalam klang prade” pada esok malam kami pun menungu lelaki itu datang dan aku memberitahunya agar naik ke tingkat atas dan mengajaknya makan di situ sahaja, seperti biasa abang sepupu dan lelaki itu berborak kosong, setelah selesai makan kami semua beransur balik ke rumah.           
Setelah sampainya kami di rumah aku terus menuju ke bilik tiba-tiba abang sepupu memanggilku dan dia ingin membincangkan suatu perkara dengan ku lalu aku mengatakan apa dia, abang “kak yen boleh ka tolong aku pinjam duit dengan lelaki itu untuk bayar rumah sewa dan kereta dengan muka 20sen” aku bersimpati terhadapnya dan mengenangkan budi dan jasa baiknya terhadap aku dan abangku “nanti aku cuba Tanya dia kalau boleh” setelah itu aku masuk ke bilik dan mencapai telefon di katil, lalu aku membuat pesanan ringkas Yen: “ assalamualaikum abang busy tak”Lelaki: “Waalaikummussalam w.r.b tak busy pun kenapa yen?Yen: “Sebenarnya yen nak minta sedikit bantuan dengan abang”Lelaki: “Apa dia?Yen: “Boleh tak kalu yen nak pinjam duit dengan abang RM2000 sebab abang yen dalam masalah nak bayar rumah sewa dan kereta yang tertunggak.Lelaki:”Baiklah nanti esok abng datang ke rumah dan bagi duit itu dengan yen…….Lalu aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu dan membawa khabar gembira kepada abang sepupu dan memberitahunya esok dia nak dbagi duit, aku melihat wajah abang sepupu dengan senyuman dengan hati yang lega.           
             Nak dikatakan pada masa itu aku memanglah boleh dikata sebagai anak derhaka kepada kedua orang tua yang banyak berjas, yang banyak berkorban apa saja demi anak, yang sering menuruti apa yang dimahukan anak, tetapi aku langsung tidak pernah mengenangkan itu dan langsung tidak pernah susah hati jika mereka tidak menghubungi aku malah aku lagi senang hati, aku juga membuat mereka putus asa dan kecewa, inilah dosaku terhadap kedua orang tua ku. Sampai satu tahap mumy call aku tapi aku langsung tak jawap aku pernah membayangkan akan titisan Airmata seorng ibu dan ayah, pada masa itu aku adalah seorng yang pentingkan diri sendiri dan hanya penting kebahagiaan ku bersama lelaki yang baru ku kenali, andai dosaku dapat ku basuh dengan Air yang jernih maka akan ku lakukan tapi sayangnya ia tak mampu membersihkanya ibarat kata orang “nasi sudah jadi bubur”     
pada masa itu aku memegang tangan seorang lelaki yang bukan muhrim ku dosa yang ku lakukan itu juga di tanggung oleh kedua orang tua ku, aku lansung tidak memikirkan akibat dan kesat kepada kedua orang tuaku betul lah orang cakap “aku mugkin mulia dimata orang ramai tapi tidak dengan Allah aku adalah manusia yang hina pada Allah”, nafsu menguasai aku kerana duit aku kabur pada pandangan lurus, malah aku lupa setiap kata nasihat seorang ayah dan ibu bukan itu sahaja aku juga lupa akan kesusahan keluarga yang selama ini pernah ku alami,
            Sebulan sudah pun berlalu tanpa aku sedari aku kehilangan kepercayaan seorang ibu dan ayah bukan sahaja mereka juga hilang kepercayaan kedua orang adik dan kedua orang abang yang pada dulunya amat ku sanjung tinggi, yang akhirnya sudah tidak ada khabar berita dari mereka, pada malam hari aku termenung keluar jendela dan berkata dalam hati “apa? tujuan aku sebenarnya dalam dunia ini dan apa tujuan aku untuk datang ke tanah semenanjung adakah sebab aku datang hanya untuk mencari cinta yang menuju ke jalan salah” di dalam aku merenung keluar aku mendengar azan di laungkan tiba-tiba sahaja hatiku jadi terasa sunyi dan ingin menangis, secara tiba-tiba pintu bilik ku di ketuk dan abang sepupu masuk ke bilikku dan ingin meminta pertolongan kepada kuAbang sepupu: kak yen boleh kah? kalau kak yen pinjamkan aku duit dengan dia RM4500.00 aku ada masalah ni
Yen: masalah apa?Abang sepupu: adalah nanti kau tahu juga tu…..Yen: baiklah nanti aku cuba….
             Setelah abang sepupu keluar aku mencapai telefon di atas katil dan menghantar pesanan ringkas ke lelaki tersebutYen:Assalamualaikum abang.. abang busy tak?Lelaki: waalaikummussalam w.r.b tak busy pun yen… yen tengah buat apa ni?Yen: tak da buat apa pun… ermmm abang yen ada benda nak bincang ni? Boleh tak yen nak pinjam duit RM4500.00 dengan abang sebab abang sepupu ada masalah lagi, harap abang boleh bantuLelaki: abang yen ada masalah apa?Lalu aku keluar dari bilik tanpa menjawap Mesej lelaki itu, dan aku menuju ke ruang tamu dan bertanya kepada abang sepupu.Yen: apa juga masalah mu?Abang sepupu: sebenarnya bini ku mahu bersalin dan terpaksa di bedah lepas tu mahu bayar along dan beli baju babyAku masuk ke bilik dan membalas mesej lelaki itu
Yen: abang sepupu ada pinjam duit dengan along jadi dia nak bayar alongLelaki: baiklah nanti esok kita jumpa … okeylah da malam nak tidur dulu bye.. Hari itu adalah hari yang terakhir aku meminjam duit terhadap lelaki tu kerana aku sudah pun berjanji yang aku tidak akan menyusahkan lelaki itu lagi, pada esok harinya abang sepupu keluar bersama dengan isterinya, mereka mengajak ku, sayangnya aku demam dan malas nak begerak, jadi aku sendirian di rumah, aku terfikirkan kedua orang tuaku apa agaknya mereka lakukan, ia bermain di kepala sehinggala aku tertidur.Abang sepupu dan isteri sudah pun balik dan banyak juga barang yang dibeli oleh mereka pada esok harinya isteri abang sepupu di masukakan ke hospital akibat pendarahan, lalu isterinya di tahan kerana menurut doctor isteri abang sepupu sudah nak bersalin tapi pembukaan cm baru terbuka 1cm jadi doctor sarankan agar dia di rawat di hospital, kami berdua balik ke rumah untuk mengambil barang keperluan isterinya sesampainya kami di rumah tiba-tiba Tuan rumah sewa datang untuk menagih duit sewa rumah da 5 bulan tidak di jelaskan aku terkejut terdetik dalam hati Aik!! Bukan hari tu abang sepupu cakap pinjam duit nak jelaskan hutang sewa rumah ke tapi kenapa tuan rumah cakap dah lima bulan tak bayar apa cerita ni ahh!! Aku pening?
 Abang sepupu sempat berbincang dengan tuan rumah ,setelah habis perbincangan mereka abang sepupu masuk ke dalam rumah dan ambil barang keperluan yang patut untuk isteri dia, setelah selesai kami keluar dan menuju ke hospital Tengku Ampuan Rahima Klang,  dalam kereta abang sepupu mohon pertolongan lagi lalu aku diam dan berkata dalam hati aku sudah malu nak minta tolong dengan lelaki tu, sudah banyak duit yang dipinjam dan belum berbayar, setelah sampai di hospital, kami terus menuju ke tempat isteri abang sepupu, setelah sampai, isteri dia memberitahu bahawa doctor ingin berjumpa dengan abang sepupu, setelah selesai perbincangan abang sepupu dengan doctor tiba-tiba kakak kandung kepada abang sepupu datang untuk bertemu dengan abang sepupu, dan bertanya khabar kepadanya, kakak sepupu datang menghampiri isteri abang sepupu dengan membawa buahan untuk isteri abang sepupu, mereka berborak kosong, lalu abang sepupu memanggilku dan bertanyakan kepadaku berkenaan duit yang ingin dipinjamnya,
Abang sepupu: bagaimana? Duit tu, aku perlu sangat ni tolonglah akuKak yen: nantilah aku cuba hari ni… sebab dia tengah kerja sekarang ni tak boleh di ganggu
Abang sepupu: Baiklah?    
Setelah selesai berborak dengan abang sepupu lalu aku kembali ke tempat isteri dia, dan duduk bersama dengan kakak sepupu, lalu kakak sepupu memberitahu ku
Kak sepupu: yen ada rendang tu, aku bawakan untuk kau… kalau kau mahu makan ambil lah..Yen: nasi ada ke sekali kak?Kak sepupu: ada tu juga dalam tuYen: ha… kejap lagi aku makanKak sepupu sangat mengetahui makanan yang ingin aku makan walaupun aku orang lahad datu sabah, yang pada mulanya tidak mengetahui apa-apa tentang rendang tapi bila datang semenanjung aku kenal apa itu rendang dan bagaimana nak memasaknya, dan menjadi makanan kegemaran  aku, walaupun kakak sepupu ni kedekut orangnya tapi dia tahu apa yang di mahukan oleh adik sepupunya, yalah mumy kak sepupu dan mumy aku adik beradik dan mereka tinggal bersam dengan keluarga aku kerana mereka dua beradik tidak mempunyai ayah yang telah bertahun lamanya meninggalkan mereka, mereka dididik dan dibesarkan bersama-sama kami, kerana itu aku sangat mengenali mereka. Dalam masa mereka berbual aku sibuk menikmati rendang yang di bekalkan aku oleh kakak sepupu, sambil aku menikmati rendang sambil kakak sepupu berkata kepada ku
Kak sepupu: hadoi! Kau yen macam tidak pernah makan setahunYen: tidaklah cuma kak masak sedap bah! Itu lah macam tidak pernah makanKak sepupu: Aik! Tengoklah siapa yang masak, air tangan siapa… kan aku makan garam dulu dari kamu semua, hahahahahahYen: mula sudah dia menemberang (Berlagak)…… nanti masaklah lagi ya?Kak sepupu: tengoklah…Setelah selesai makan rendang, aku melihat jam ditangan menunjukkan sudah pukul 1 tengahari dan waktu rehat lalu aku terus mengambil telefon yang ada dalam beg tangan, lalu aku menghantar pesanan ringkas kepda lelaki itu,Yen: Assalamualaikum….. abang busy ke?Setalah menunggu beberapa minit kemudian, juga tak ada balasan mesej darinya, lalu aku meletakkan telefon semula ke dalam beg dan terus menuju kea bang sepupu dan memberitahunya.Yen: dia tak balas mesej kuAbang sepupu: nanti kalau dia balas bagitahu aku?Yen: yalah…Selepas itu kakak sepupu datang dan menuju ke arah kami dan meminta izin ingin pulang kerana hari sudah nak dekat senja, setelah kakak sepupu pulang aku dan abang sepupu menuju ke tempat isteri dia, setelah itu telefon di dalam beg ku ambil dan aku melihat masih tidak mempunyai balasan mesej dari lelaki itu, aku melihat isteri abang sepupu menangis kerana kesakitan pada bahagian perut, aku keluar dari wad niat di hati ingin mencari roti untuk di makan atau sesuatu yang boleh di kunyah, dalam perjalanan aku sempat berfikir, “kenapa aku harus ikut kata-kata abang sepupu, sedangkan aku boleh gunakan lelaki itu untuk kepentingan ku tetapi aku bukanlah sejahat itu untuk menggunakannya bagi kepentingan aku sendiri, aku segera balik ke tempat wad isteri abang sepupu, sesampai saja di sana, aku terus berjumpa dengan abang sepupu, selepas beberapa saat telefon di beg tangan ku ambil dank u lihat screen di telefon ada dua panggilan tak dijawap daripada lelaki itu, kemudian aku mengahantar pesanan ringkas kepadanya   Yen: assalamualaikum abg tadi ada call ke?Lelaki: ye nape x angkat?Yen: yen pergi kedai tadi beli roti jap telefon tinggal dalam beg…Lelaki: maaf tadi abg tak jawap sebab busy dengan kerja… banyak sangat kerja hari iniYen: oh tak mengapa faham juga… abg tengah buat apa? Da makan ke?Lelaki: terima kasih ye sebab faham dengan kerja abg… abg tak buat apa pun tengok tv je dengan mak.. da makan da tadi… yen da makan ke?Yen: oh ye ke yen da makan da tadi kakak sepupu datang kat hospital ni dia bawakan yen rendang… abg makan apa tadi??Lelaki: untunglah makan rendang kan… hehehehe… abg makan ikan sambal je dengan ayam masak lemak cili api, mak masakYen: oh ye ke?? Mesti sedap dan meyelerakan balik-balik je dari keja tinggal makan hehehehheheLelaki: eish ada pula kate gitu…. Yen buat apa sekarang ni? Busy ke?Yen: tak busy pun, takda buat apa pun mesej dengan abang je?... abang boleh yen minta sesuatu tak??Lelaki: apa dia sayingYen: macam ni abg sepupu nak minta tolong dui tag sebup isteri dia nak di bedah, jadi nak kena bayar bil hospitalLelaki: berapa?Yen RM1000.00 abang sepupu cakapLelaki: okey tapi yen ni last abg tolong sebab takut nanti duit abis macam mana abg nak kawin dengan yen…Yen: baiklah terima kasih abang….. maafkan yen sbab selalu menyusahkan abg terpaksa bersusah-susahLelaki: abg bukan apa abg sepupu tu dah tak kerja ke..?Yen: macam kerja macam tak yen pun confuse dengan abg sepupu ni… yen pun susah nak cakap yang mana satu betulnya. HeheheheheheLelaki: yelah yen sayang… abg nak tidur dulu esok nak kerja pula nanti duit tu abg beri pada yen ye nanti abg pergi hospital tu…asssalamualaiku
Yen: baiklah abg waalaikummussalam w.r.bSelepas selesai bercerita dengan lelaki itu, aku terus berjumpa dengan abang sepupu dan memberitahu tentang lelaki itu akan meminjamkan duit pada hari esok di akan datang dan menghantar duit tersebut, sambil menjenguk isteri abang sepupu di hospital, lalu abang sepu berkata kepadaku
Abg sepupu: berapa kau pinjamYen: 1000.00 ja aku pinjamAbg sepupu: kenapa RM1000.00? tidak lebih kau pinjam
Yen: lark au cakp seribu ja… jadi aku pinjam seribu jaAbg sepupu: tak apalah            Setelah itu aku senyap dan tidak berkata apa-apa yang hanya aku fikirkan kenapalah kesusahan abang sepupu berpaut pada aku, andai saja aku ikut kata dady pasti aku tidak begini, kadang hanya pada zahir terlihat senyuman yang manis dan bermakna tapi tidak pada batin, Andai hanya gunung kinabalu itu adalah yang tertinggu maka, boleh dikata penyesalan ku setinggi gunung kinabalu…..tapi apa kan daya aku manusia biasa yang tak boleh mengubahnya semula macam Harry Potter.. yang boleh mengubah masa dengan kuasa ajaibnya, tapi itu hanya lakonan semata-mata yang membuat manusia yg lainnya mampu berimaginasi …            Pada keesokkan harinya pukul 1.00pm lelaki itu datang dan member duit kepada ku sambil-sambil dia melawat isteri abang sepupu, dengan senyuman lebar mengukir raut wajah abang sepupu bersama isterinya yang akan dibedah pada esok harinya, lelaki it uterus menuju ke katil isteri abang sepupu, dengan senyuman lebar yang terukir di wajah isteri abang sepupu dan berkata
Isteri: kamu tak kerja ke hari ini??Lelaki: kerja tapi hari ni saya balik awal…Isteri: oh yakeh…. Keluarga sihat?Lelaki: sihat Alhamdulillah          
               
  Setelah mereka selesai berbicara lelaki itu datang kearah saya dan  memberitahu kepada ku
Lelaki:  Abng da berikan duit kepada abng sepupu,
Yen: terima kasih yer abng sebab tolong famly yen even abng tahu dia hanya sepupu yen saja? Lelaki: eh xmengapa pun janji yen okey dan tenang…. Abng sangup lakukan apa saja asalkan yen bahagia dan gembira… (sambil tersenyum) yen da makan ke? Kalau belum jum abang belanja makan
yen: xapa lah yen xlapar lagi lah abang terasa kenyang lagi. lelaki: betul ke ni (sambil tersenyum)?? yen: betul abng, oh ye abng dari mana tadi … ?? Lelaki: dari kerja terus singah klang jap nak hantar duit…. Hurm yen sayang abang balik dulu ya takut terlewat sampai rumah nant magrib terlepas yen: baiklah kalau macam tue abng hati-hati ye
Setelah dia melangkah keluar dari wad abng sepupu terus menghampiri aku dan mengucapkan terima kasih kepada ku,….
            Cerita Semasa Balik kerumah Flat
Setelah kakak selamat bersalin di hospital dan pulang ke rumah, dan aku seperti biasa menolongnya apa yang patut, setelah selesai aku masuk ke bilik dan berehat lalu aku mencapai telefon dan niat di hati ingin membuat pesanan ringkas ke abng.
Yen: Assalamualaikum abng
lelaki: Waalaikummussalam sayng….. sayng da makan buat apa tue? Yen: Da mkn da td lepas buat kerja rumah … sekarang tengah rehat saja
lelaki: Yake , sayng abng nak buat kerja dulu ye Assalamualaikum Nanti kita sambung text lagiAku mencapai cas handfone  lalu aku baring dan terlelap, terasa badan nak demam pula, dan aku tertidur
              Pada Hari ini Semua jadi berubah
Perubahan terhadap abang sepupu dan isterinya ku amat mengecewakan aku dan amat sukar untuk aku mempercayai lelaki lagi di dunia ini :
Pada malam itu abang sepupu meminta tolong agar aku meminjam duit lagi terhadapa lelaki itu dan aku tidak mahu.
Lalu aku terkejut dengan perangainya berubah , dia memukul aku dengan spring buaian baby lalu aku menangis dan dia mengambil telefon dan semua ic lalu aku dikurung dalam bilik tanpa diberi makan, kakak sepupu membuka pintu lalu menampar aku sehingga berdarah dan mata aku terkena cakaran kuku dia, aku menangis kesakitan dan dalam hati aku memanggil mumyku …
Pada keesokkan harinya perkara yang sama aku di pukul dengan spring besi buaian bby sehingga pipi sebelah kiri terasa sakit dan tak tertahan, dengan di tambah lagi dengan tendangan yang terkena pada bahagian tulang belakang aku, pada masa itu aku demam dan bertambah kesakitan yang ku alami , pada masa ini aku bertanya pada Allah kenapa aku harus merasakan apa salah dan dosaku yang perna aku lakukan sedangkan aku datang dengan niat untuk belajar tapi aku terpesong dari niatku, tapi aku harus terus menjalani kehidupan ini kerana aku hidup di dunia yang nyata,
Pada malam hari abang sepupu pulang saja dari kerja dan berkata kepadaku kau harus cari duit dan aku diam kerana aku merasa badan ku sudah tidak larat menahan sakit lalu aku minta dibawa ke hospital tapi langsung tidak ada respond an aku hanya di biarkan, malah aku terus di pukul dengan tanpa belas kasihan aku cukup merasa kesakitan yang aku alami, hanya Allah yang tahu , aku meraung kesakitan dan memanggil nama mumy dan berkata mumy kak yen sakit tolong kak yen, pada malam itu secara tetiba mumy call dan abang sepupu member amaran agar tidak memberitahu apa-apa tentang apa yang berlaku , aku menjawap panggilan dan jauh dari hati kecil ku, aku ingin sekali ingin memberitahu mumy kak yen sakit tolong kak yen lalu kedengaran suara mumy melalui panggilan
Mumy: hello Kak yen Buat apa, sudah makan, sihat ke? Kak Yen: ya mumy kak yen sihat dan sudah makan Mumy: iyalah kredit mumy tidak banyak kak yen nanti lain mumuy call lagi kak yen: baik mumy Tapi jauh dari lubuk hatiku mumy tolong yen mumy . aku hanya mampu menangis dan aku di pukul dan dipukul… aku masuk kebilik dan aku solat dalam solat ku … aku meminta pada Allah kenapa ini harus terjadi dengan aku …..
Pada keesokkan harinya abng sepupu cuti lalu aku di suruh membuat kerja rumah seperti tukang gaji dengan pinggan yang berulat aku mencucinya dengan keadaan badan ku yang langsung tidak sihat dan terasa semua sakit, setelah selesai aku terasa loya dan ingin nak muntah, lalu aku menuju ke tolet dan aku muntah ternyata aku muntah darah yang banyak, aku menangis dan berkata ya Allah ujian apakah ini… aku di panggil oleh abng sepupu dan di suruh mengemas sisa makanan yang mereka makan, aku dalam keadaan keterpaksaan aku makan sisa makanan kerana lapar aku terpaksa setelah selesai kakak sepupu menarik rambut aku dan menampar lalu abang sepupu memukul aku dengan spring besi buaian baby yang teramat sakit, aku hanya mampu mengalirkan airmata yang xterhingga, secara tetiba phone berdering dan panggilan dari mumy dku, menjawapnya depan abang sepupu Ya Allah oleh kerana mumy jauh dan terasa sakit,, hatiku Cuma mampu berkata mumy kak yen sakit tolong bawa kak yen balik, aku tidak mampu berkata apa-apa aku hanya mampu menjawap kak yen sihat mumy, tapi aku rindu belaian seorang dady yang telah ku hilangkan kepercayaannya terhadapku dan sudah perna berkata anaknya kak yen sudah tidak ada, penyesalanku hanya Allah yang tahu, aku hilang kepercayaan hanya kerana berhenti belajar, panggilan terputus dan aku hanya mampu menangis, aku masuk kebilik dan ingin menunaikan fardhu zohor tetiba bunyi pintu di ketuk kuat dan di tendang aku di pukul dan di tampar, yang pasti aku di pukul tanpa sebab,
Pada suatu hari Along datang ke rumah dan memberitahu bila mahu bayar hutang, aku terdengar setelah mereka selesai berbincang abang sepupu masuk ke dalam bilik aku dan menyuruh aku agar mencari duit untuk membayar hutang alongnya, aku berkata aku tidak tahu nak mencarinya di mana, lalu abang sepupu memukul aku dengan berkali-kali dan tidak kurang juga isterinya yang turut memukul ku.. tiba-tiba kakak kepada abang sepupu datang membawa makanan untuk aku, dia melihat aku kurus dan bertanya kepadaku
kakak sepupu: kenapa kau macam sakit ni , kenapa badan kau kurus
yen: aku hanya mampu senyum dan makan lahir dari hati kecilku ya Allah ujian dan dugaan apa kah ini sehingga aku berada dalam kesengsaraan yang teramat sakit sehingga mampu mebuat aku sakit dengan berlarutan, aku menyuapkan nasi ke dalam mulut ku lalu aku menitiskan airmata , aku berkata kepada kaka sepupu ... aku demam kak , kaka sepupu menrasa badan ku yang panas dan berkata
kak sepupu: lepas makan berehatlah
aku hanya mampu tersenyum dan berkata kak jangan balik dulu yen takut kena pukul lagi , tapi aku sendiri tidak mampu terkata apa-apa sedang abng sepupu turut ada di situ,
pada esok harinya aku dapat tawaran untuk sambung belajar di cheras Kolej cybernetics dalam program acc dan dalam surat aku harus menghadirkan diri pada minggu depan, pada masa itu hanya Allah yang tahu hati ku cukup gembira , aku masuk ke bilik dan pergi untuk mengemas barang, 

NEXT WEEK

lelaki itu datang untuk menjemput aku dan menghantar aku ke tempat belajar, setelah sampai ke tempat belajar, aku terjumpa kawan sekampungku yang akan belajar di tempat yang sama denganku .... 
setelah sebulan berlalu abang sepupu call aku dan meminta duit dan mengugutku kalau aku tidak memberinya duit dia berkata kau tahulah nasib mu nanti aku takut akan gertakannya, lalu aku memberitahu kepada lelaki itu dan dia menyuruh aku tenang dalam tak sedar pipi sebelah kiri aku terasa sakit yang amat sangat pada mulanya itu hanya sakit biasa tapi semakin hari ia berlarutan sakit dan aku meminta agar di hantar ke hospital oleh lelaki itu dan dia datang lalu membawa ku ke hospital setelah sampai aku menunggu untuk giliran 
aku di panggil dan masuk ke bilik pemerikssaan doktor mengatakan kepada ku agar membuat X-ray terhadap pipi kiri aku setelah ujian X-ray keluar pipi sebelah kiri aku di katakan ada kesan bengkak dan sedikit nak retak doktor bertanya kamu perna di pukul ke aku takut memberitahu kerana rasa tidak percaya terhadap doktor akan melaporkan kepada pihak polis lalu aku hanya diam dan menjawab nya saya terjatuh di toilet, kalau di fikir alasan sebigitu tidak sama sekali logik di akal tapi aku memikirkan dia adalah keluarga dan yang di sayangi oleh kedua orang tua ku, semakin hari ia semakin parah lalu mama lelaki itu menyuruh agar aku di bawa pulang kerumah mereka dan mereka menjaga aku dengan penuh kasih sayang, mereka berkata aku hilang kawalan dan aku tidak mengingat siap aku , lalu mereka membawa aku ke hospital dan doktor berkata dia macam takutkan sesuatu dan berkata akibat trauma yang teruk aku menjadi seorang yang hilang arah, setitis airmata mama lelaki itu jatuh melihat akan diri aku , semakin hari pipi aku semakin bengkak dan aku dibawa ke hospital lagi kerana makcik tu kuatir aku sudah tidak boleh membuka mulut untuk makan apabila doktot memeriksa ada nana dan kesan lebam yang lama membuat nana berkumpul di bahagian pipi kiri aku, doktor cuba untuk membuka mulutku agar nana keluar, terus terang ketika doktor membuka amatlah perit penderitaanku ini kenapa semua terjadi terhadap diriku yang tak bersalah, makcik mama kepada lelaki itu menitiskan airmata kerana aku meraung kesakitan sakit sambil menyebut mumy, kalau aku di tanya apakah rasa nana itu, aku bernai dan boleh katakan ibarat aku memakan ajinamoto satu 3 botol dengan bauh buruk yang membuat aku muntah, lalu doktor mengeluarkan surat pengesahan agar persekolahan aku di tangguhkan buat sementara waktu, doktor bertanya kepada makcik kalau tidak okey juga kami terpaksa membuat pemedahan terhadap dia, doktor bertanya lagi adakah dia perna kena pukul oleh benda yang berat sebab saya tengok melalui X-ray seperti ada kesan lebam yang lama, makcik itu diam dan hanya senyum, aku di bawa pulang ke rumah dan makcik itu membantuku memblenderkan nasi untuk aku makan, aku langsung tidak boleh membuka mulut dan makcik itu memberi aku makan dengan menggunakan sraw, ya Allah amatlah perit hidup ku ketika itu. Pada petang hari aku di rumah mereka aku di suruh agar mandi tapi bangun pun aku sudah tidak larat , ya Allah ketika itu amat berjasalah makcik itu dia memandikan aku dan menjaga aku dengan baik, sehinggalah bulan ramadhan 2010 menjelang aku masih dalam keadaan sakit, pipiku semakin bengkak, 
keesokkan harinya aku di bawa ke hospital dan aku terpaksa meraung kesakitan lagi, dan hanya berkata kenapa ini terjadi terhadapku...... kerana ini juga aku tidak mempercayai lelaki langsung kerana yang memberi peristiwa hitam ini adalah sepupuku sendiri, aku kehilangan kepercayaan kedua orang tua ku apabila dia membwa cerita aku menjual diri di tanah semenanjung , dugaan seberat ini aku rasakan ketika aku masih berumur 18 tahun, aku perna berkata aku ingat ia drama tp reality ia terjadi terhadap hidupku, aku hidup sebatang kara, aku hanya terpaksa menjalani liku-liku kesengsaraan, 
hari demi hari keadaan mental aku menjadi stabil dengan rawatan hospital, semakin aku ingat akan keluarga ku yang berada di lahad datu hampir setengah ramadhan berlalu, kembali ke asrama sekolah kudan abang kandung ku datang mencari aku dan aku berjumpa dengannya apabila sampai di asrama aku berjumpa dengan kawan sekampungku juga kawan kepada abang ku lalu abang aku menarik aku dari belakang dan memukulku dengan tali pingang depan kawan-kawanku aku terlihat abang sepupu dan isterinya hanya melihat mereka menarik aku masuk ke dalam kereta dan ikut bersama mereka aku ketakutan dan abng sepupu, aku di bawa pulang ke tempat makcik sepupu dan tinggal dengan mereka aku di pukul teruk oleh abng ku sendiri dia lebih percaya pada abang sepupu berbanding dengan aku , masa itu hanya lah Allah saja yang tahu tangisan ku berulang kembali dengan sakit yang aku alami dan membuat aku sengsara dalam menahan kehidupanku, sedih aku bila abng kandung sendiri sudah tidak mempercayaiku.. pada pukul 4 subuh aku bangun dan aku lari pada malam itu aku hanya beserah pada Allah S.W.T agar pertolonganya sampai akhirnya ada sebuah keluarga lalu dan menolongku dan menghantarku ke hospital tengku Ampuan Rahima Klang, di sana aku menyuruh lelaki itu mengambilku sampai saja dengannya aku senang hati apabila melihat dia bersama mamanya tanpa sedar aku pengsan dan aku terus masuk ke hospital dan doktor mengatakan badan ku lemah dan perlukan rehat, aku di bawa pulang ke rumah mereka dan mereka berkata mereka ingin menghantarku balik ke sabah....

akan bersambung lagi
dalam hidupku cinta pada lelaki sudah lama terpadam yang tinggal dalam hatiku cuma lah peristiwa hitam dan sebuah pengalaman, 

perna juga aku di halau keluar daripada islam oleh plejar syariah
nanti sy akan sambung cerita nya


~~~~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~~~~~~
maaf andai ada tersalah kata dan bahasa
Yang Ikhlas Perempuan Itu Rahsia
~~~~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~~~~~~